Wednesday, November 10, 2010

STATUS LESEN CYBER KAFE BEKU?

Saya telah menghantar pertanyaan saya kepada Yb Khasim dan Yb Iskandar dalam Sidang DUN Selangor.

Soalan:

1) Bagaimana Dengan Status Lesen Siber?
2) Adakah Penyelidikan Telah Dibuat oleh Exco yang terlibat?
3) Adakah pembekuan lesen mengurangkan atau menambahkan masalah kpd penduduk?
4) Sejauhmana tahap milikan bumiputera islam dalam business ini d selangor?
5) Adakah peraturan sedia ada dipatuhi?

Sekian

Pemilik Cyber Kafe Bumiputera

Friday, August 14, 2009

Maklum balas Internet

PUTRAJAYA 13 Ogos – Kerajaan sedang mendapatkan maklum balas daripada orang ramai khususnya ibu bapa mengenai sejauh mana kandungan Internet mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kajian selama tiga bulan itu akan memberi tumpuan kepada reaksi mereka terhadap unsur-unsur negatif seperti pornografi kanak-kanak, perjudian dan kegiatan yang mendedahkan kepada terorisme.
Jelasnya, berdasarkan hasil kajian tersebut, kerajaan akan mempertimbangkan cadangan-cadangan yang dilihat positif untuk dilaksanakan.
“Kajian ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan Negara manakala kementerian saya akan memastikan ia siap mengikut tempoh ditetapkan.
“Jika ada cadangan positif dan baik kepada orang ramai, kita akan umumkan nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran wajah baru akhbar berbahasa Arab, Ahlan terbitan Ahlan Press Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Friday, August 7, 2009

Isu Lesen Kafe Siber


Statement Dibawah merupakan isu berkenaan dgn Pemberian Lesen Pusat Siber pada 03 Jun 2009. MB Selangor telah berkata akan membuat kajian berhubung dengan Isu Pusat Siber ini dan menyarankan kepada Pengusaha utk memberi pandangan dan pendapat untuk membantu mengurangkan gejala sosial yg kerap berlaku kepada Kafe Siber.

Hari ini 7 Ogos 2 bulan berlalu, tiada apa-apa tindakan atau keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor berhubung dengan status lesen Kafe Siber di Negeri Selangor. Exco PBT iaitu Yb Ronnie Liu adakah beliau sudah melaksanakan janji untuk membuat penyelidikan dan kajian berhubung dgn Kafe Siber ini. Bilakah laporan atau hasil dari penyelidikan tersebut dapat dibentangkan.

Dengan isu terbaru iaitu Isu Arak juga dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor utk diberi tempoh sebulan untuk mencari mekanisma dlm menyelesaikan isu arak ini.

Sekali lagi saya ingin tegaskan kepada masyarakat umumnya bahawa nama baik kafe siber telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dan maka ini telah membantutkan penglibatan usahawan bumiputera yang berminat menceburi bidang ini. Saya tidak setuju kerajaan negeri dan media mengaitkan Kafe Siber ini dengan perjudian dan gejala-gejala lain kerana jika peraturan dikuatkuasakan dan tindakan tegas dikenakan maka sudah memadai untuk memastikan pengusaha-pengusaha menjalankan perniagaan dengan jujur dan bertanggungjawab dan amanah. Cuma yang menjadi persoalan saya, dimanakah ketegasan pihak Penguatkuasa PBT dalam hal berhubung dengan pelanggaran peraturan oleh sesetengah premis Kafe Siber.Suka saya mencadangkan kepada pihak PBT bahawa setuju dengan memusatkan semua PBT selangor dibawah satu iaitu pekerja yang berdepan dengan risiko perkerjaan terutama Penguatkuasa yang boleh dirasuah dpt dielakkan melalui pertukaran Pbt ke Pbt di Negeri Selangor.

Saya bersetuju dengan peraturan tidak membenarkan pelanggan berumur 12tahun masuk didalam premis ini tapi bukan dibawah 18tahun kerana

1. Pusat Kafe Siber ini bukan pusat perjudian atau hiburan seperti Kelab Malam dan Rumah Urut
2. Pelajar sekarang banyak melaksanakan kertas kerja yang diberikan oleh guru seperti Folio Geografi dan sebagainya yang amat memerlukan perkhidmatan pusat internet ini.
3. Rujukan mencari bahan-bahan yang mudah didapati bagi kegunaan pelajar sekolah.
4. Pendedahan dengan Teknologi Maklumat.

Saya juga bersetuju dengan menyekat aktiviti game yang dimana program game ini perlu diinstall terlebih dahulu dalam premis kecuali game dari web site yang tidak boleh untuk menyekatnya.

Saya cabar kepada semua yang terlibat, ikut peraturan sediaada dan tarik balik serta merta lesen mereka jika didapati melanggar peraturan yang dikuatkuasakan. Kempenkan Rasuah Sifar dlm PBT, InsyaAllah segala apa yang dilaksanakan akan membantu menyelesaikan isu ini.

Begitu juga, Isu Arak jika peraturan tidak membenarkan menjual arak kepada org ISlam tetapi mereka menjual juga maka caranya hanya satu tarik balik semula lesen menjual arak dan denda semaksimum mungkin kepada premis tersebut.

Sekian.

7 Ogos 2009 / 3.45ptg


Selangor Kaji Semula Pemberian Lesen Pusat Siber

Posted by admin
Wednesday, 03 June 2009 00:05

(TV Antara) - Kerajaan negeri Selangor akan mengkaji semula pemberian lesen pusat siber oleh pihak berkuasa tempatan untuk membendung gejala maksiat seperti permainan judi di pusat-pusat sedemikian.
Sehubungan itu, Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim turut menolak permintaan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat siber dari 12 tengah malam kepada 3 pagi.
"Saya ingat buat masa ini kerajaan negeri belum mengubah apa-apa pendirian tentang memanjangkan masa perniagaan. Ini adalah disebabkan kerajaan juga mendapat cadangan pemerhatian daripada ahli-ahli majlis yang mengatakan masalah social juga kita hadapi dan terdapat juga siber café yang tidak memberi kebaikan kepada anak-anak muda," katanya.
Tan Sri Khalid membangkitkan masalah sosial, termasuk maksiat di pusat siber pada dialog bersama pemilik pusat siber di Bangunan Annex, Shah Alam petang tadi.
Perjumpaan ini turut dihadiri wakil PBT, ahli-ahli majlis PBT dan wakil persatuan penduduk.
Tan Sri Khalid mendedahkan kira-kira 60 peratus daripada pusat siber di Selangor tidak mempunyai lesen dan menyalahguna premis mereka untuk aktiviti maksiat seperti permainan video judi.
Pengunjung utama ke pusat-pusat ini adalah remaja dan pelajar.
Tan sri Khalid memberi tempoh sebulan kepada penguasa tempatan dan pemilik siber café untuk mencari pendekatan bagi menangani masalah sosial yang bercambah daripada premis terbabit.
"Kita akan membuat kajian dan hasil daripada kajian kita akan buat keputusan sama ada kita boleh menimbangkan permintaan pengusaha dan juga mencari jalan bagaimana masalah social terutama pemilik-pemilik siber yang tidak mempunyai lessen dapat kita kurangkan dan kita hapuskan," tambah beliau.
Tan Sri Khalid berkata, kerajaan juga akan membuat kajian terhadap keperluan siber café mengikut permintaan penduduk di kawasan Bandar dan di luar Bandar.

Friday, July 3, 2009

Polis isytihar perang kegiatan judi Internet

KUALA LUMPUR 2 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengisytiharkan perang terhadap kegiatan perjudian haram yang dijalankan melalui Internet di negara ini.
Tindakan tegas itu berikutan kewujudan pusat-pusat perjudian Internet haram di negara ini yang semakin banyak dan membimbangkan.
Ketegasan pasukan itu terbukti apabila sejak Januari sehingga 30 Jun lalu, sebanyak 2,029 serbuan telah dilakukan di pusat-pusat Internet yang dikenal pasti menawarkan kegiatan perjudian.
Menurut Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 22,493 mesin judi Internet telah dirampas selain 3,204 suspek ditahan.
"Sehingga kini, polis mengesan terdapat empat sindiket yang mengendalikan kegiatan haram ini yang menggunakan khidmat pengendali (server) perjudian dari luar negara. Kesemua sindiket berkenaan didapati bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
"Sebagai langkah segera, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah mengetuai operasi membanteras perjudian haram terbabit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan media pada Selasa lalu, berhubung dakwaan wujudnya pusat perjudian dan minikasino haram yang semakin banyak di Lembah Klang berikutan terdapatnya beberapa perkakasan (software) baru yang menghubungkan sindiket perjudian dari Hong Kong dan Filipina.
Semalam, operasi kasino dan pusat perjudian mesin slot di seluruh Rusia mula ditutup apabila pihak berkuasa negara terbabit menguatkuasakan undang-undang baru yang lebih tegas sebagai usaha melumpuhkan industri perjudian di negara tersebut.
Jelas Mohd. Bakri, penularan minikasino dan pusat perjudian Internet haram itu turut menjadi 'wabak' yang sedang melanda negara-negara Asia lain termasuk Indonesia, Singapura dan Thailand.
"Polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang didapati terlibat dalam kegiatan haram terbabit," katanya.

Tuesday, May 19, 2009

Daerah Ampang syurga kaki judi? Selangor Diperintah Pakatan Rakyat Perlu Buat Sesuatu!!


KUALA LUMPUR 18 Mei – ‘Syurga’ bagi kaki judi. Begitulah ibaratnya kawasan Ampang kini sehingga ada yang menggelarnya sebagai ‘mini Genting Highlands’.

Ia berikutan kegiatan judi Internet yang dikatakan begitu aktif di kawasan tersebut.
Sebut apa sahaja jenis permainan judi yang dikehendaki pelanggan, pasti impian mereka tidak dihampakan.


ASEAN Casino yang terdapat di premis-premis berkenaan menjadi tarikan kaki judi kerana menyediakan lebih 50 jenis permainan judi termasuk roulette, slot games, black jack, baccarat dan jackpot.


Premis-premis judi ini juga dikatakan mengaut kira-kira RM20,000 hingga RM25,000 sehari hasil daripada aktiviti judi tersebut.


Hasil tinjauan mendapati tuan-tuan punya pusat snuker dan kafe siber secara terbuka menyalahgunakan lesen perniagaan dengan menawarkan permainan judi Internet kepada pelanggan-pelanggan.


Bagi melihat sendiri operasi judi Internet itu, penulis telah menyamar masuk sebagai pelanggan ke beberapa premis di Pandan Indah, Pandan Perdana dan Pandan Mewah, baru-baru ini.


Hasil tinjauan itu agak mengejutkan penulis apabila mendapati salah sebuah pusat snuker yang menjalankan aktiviti haram tersebut hanya terletak kira-kira 100 meter dari Balai Polis Pandan Perdana.


Terdapat lima meja snuker di tingkat bawah premis tersebut manakala di tingkat atasnya pula terdapat 18 buah komputer yang digunakan untuk permainan judi Internet.


Setiap pelanggan yang masuk akan diawasi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis tersebut.


Selain CCTV, premis berkenaan turut dikawal oleh bouncer-bouncer warga asing yang bertubuh tegap dan berwajah garang.


Hanya juruwang sahaja yang mesra dengan pelanggan-pelanggannya yang kebanyakannya berusia awal 20-an.
Sumber: Utusan Melayu

Wednesday, May 6, 2009

SUASANA & PERSEKITARAN PUSAT INTERNET


Pelanggan Dikalangan pelbagai bangsa

Kelebihan Pusat Internet ini tenteram dan selamat