Wednesday, December 10, 2008

Polis rampas 316 mesin judi komputer

KUALA LANGAT Sebanyak 316 set komputer yang telah diubah suai menjadi mesin judi dirampas dalam Ops Dadu Khas yang dijalankan oleh polis daerah ini di 47 pusat judi berkomputer dan kafe siber di sini sejak Jun lalu.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 102 set komputer dirampas dalam operasi yang dilakukan di 16 pusat judi berkomputer dan siber kafe antara 17 November lalu hingga semalam.

Ketua Polis Kuala Langat, Supritendan Radzi Ishak berkata, turut ditahan dalam operasi tersebut ialah 52 orang termasuk seorang warga Myanmar dan dua wanita yang dipercayai operator atau pekerja di pusat judi berkomputer dan kafe siber yang diserbu.
Beliau berkata, kesemua mereka kini ditahan mengikut Seksyen 4 (B) Akta Pusat Perjudian Terbuka dan Seksyen 6 Enakmen Hiburan.

"Sebahagian dari 47 pusat perjudian berkomputer dan kafe siber yang diserbu telah diambil tindakan termasuk ditutup.

"Kita juga telah meminta kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk memotong bekalan elektrik dan air mereka supaya mereka tidak dapat beroperasi lagi selepas ini," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Radzi lagi, pihaknya akan meneruskan Ops Dadu Khas selepas ini bagi membanteras kegiatan judi komputer secara haram di daerah ini.

"Sehubungan itu, kita menasihatkan orang ramai agar tidak berkunjung ke tempat pusat perjudian berkomputer ini kerana jika tiada pelanggan mereka tidak akan beroperasi," ujar beliau.

Nota: Lagi Satu Kes Yang Burukkan Nama Cyber Cafe

Wednesday, December 3, 2008

CORETAN AKAN RINTIHAN PENGUSAHA MELAYU

RINTIHAN PENGUSAHA MELAYU!

Kes 1:
salam
Terima kasih kerana memberi maklum balas pada masalah yang saya utarakan walaupun jawapan yang saya terima amat tidak meyakinkan saya.Apa yang saya harapkan pihak MPK dapat mengambil langkah yang proaktif bagi menangani masalah ini.Terima kasih juga pada pengusaha2 lain yang juga berani bersuara bagi memartabatkan kembali nama Kafe Siber yang dikendalikan oleh pengusaha bumiputera terutamanya Melayu. Adalah diharapkan pihak MPK khususnya dan PBT lain amnya dapat memandang serius perkara ini bagi mencari penyelesaikan yang dapat memuaskan hati banyak pihak.Apa yang kami minta adakan perbincangan dengan kami pengusaha2 melayu yang berlesen jika non melayu tidak memberi kerjasama, dengar pula apa reaksi kami, berbincang untuk cari penyelesaian masalah2 berkaitan kafe siber ini, mana2 perkara yang boleh dipertimbangkan pertimbangkan lah. Jangan jadi pihak berkuasa yang hanya tahu nak tunjuk kuasa sahaja. Kami juga antara pelanggan anda yang menyumbang pada kukuhnya ekonomi anda hari ini. Jadi dengar pula masalah kami jangan hanya terima bulat2 aduan2 yang diberikan. Kebanyakkan masalah sosial seperti perjudian, pelacuran, ponteng sekolah dan lain2 lagi berlaku disebabkan pengusaha non bumiputera(mungkin tidak semua) tapi kami pengusaha bumiputera melayu yang bukan hanya kene tempias tapi menangung akibat perbuatan mereka dengan peraturan dan akta2 yang dikeluarkan.Ada kalanya terasa seperti bukan berada di negara sendiri pula berniaga di Malaysia ini.
Ingin saya tambah sedikit mengenai isu bawah 12 tahun ini. Kami mengharapkan agar peraturan kanak2 bawah 12 dilarang masuk tanpa penjaga dapat dipertimbangkan. Bukan kami minta dibenarkan terus masuk tanpa sekatan, adakan masa seperti waktu petang, masa cuti.Zaman sekarang budak2 tidak lagi main batu seremban, congkak dan lain2 untuk mengisi masa mereka. Ikuti peredaran zaman, jangan hanya kerana alasan melalaikan mereka terus tidak langsung dibenarkan bermain game. Bermain game juga antara cara merangsang otak kanak2 selagi mereka ini dikawal. Bawa berbincang dengan kami mungkin ada idea2 dari kami ini yang boleh dipertimbangkan. Kanak2 ini tidak juga duduk elok2 dirumah jika tidak dibenarkan ke kafe siber, ada yang merayau merata2 tanpa pengawasan penjaga juga dan lain2 lagi yangakan menyumbang pada masalah2 lain seperti culik,bunuh,rogol atau dadah dan lain2 lagi. Takkan kerana satu dua isu kanak2 mencuri untuk ke cc maka sekatan ini dikenakan ke atas kami. Jika ada yang mencuri semata2 nakkan sesuatu permainan , maka adakah semua produk permainan itu hendak diharamkan penjualannya? Jika harga beras naik maka penyelesaian nya ialah jangan makan nasi. Saya tak rasa itu jalan penyelsaian. Kita perlu berfikir secara rasional cari jalan penyelesaian bukan cari jalan mati. Masih banyak lagi yang positfnya peraturan/akta ini dipertimbangkan lagi.Kami xminta dimansuhkan terus, hanya minta di longggarkan sedikit.
Premis2 snuker, pusat hiburan yang membenarkan remaja bawah 18 keluar masuk malah bermacam2 lagi kesalahan dilakukan dipandang sepi oleh pihak2 tertentu. saya bukan cakap kosong bukti di depan mata saya. Saya tidak mahu menunding jari pada mana pihak cuma inginkan perhatian bagi isu kami pengusaha cc bumiputera dapat diketengahkan dan diberi perhatian. Kami ini semua boleh dibawa berbincang. Jemputlah ajaklah kami ke medan rundingan, kecil tapak tangan padang bola kami tadahkan. Diplomasi antara kita adalah jalan dan langkah penyelesaian terbaik bagi isu ini.
Terima kasih sekali lagi pada pihak admin kerana memberi ruang untuk saya mengutarakan isu ini. Kerjasama anda amat saya hargai.Akhir sekali setinggi gunung harapan saya agar perkara ini dapat diketengahkan dan pihak admin dapat menjadi antara orang yang mengalih sedikit perhatian pihak tertinggi MPK pada masalah kami ini dan bukan hanya jawapan2 klise sahaja yang kami dapat. wassalam
Terima kasih

Kes 2:
akta umur 12 tahun Cyber Cafe
Fri, 11/07/2008 - 11:33
Saya amat setuju dengan keluhan mak bapak yang menghantar anak untuk buat assignment menggunakan komputer di cyber cafe.. lagi2 peringkat sekolah rendah. Kebanyakkan mak bapak yang hantar itu bekerjaya siang.. dan memang tidak boleh menemani anak dia berjam-jam.. ada komitmen lain...
Apa yang nak ditakutkan dengan kanak2 bawah 12 tahun ni selagi ada pengawasan. Ketatkan akta cc. CC wajib ada cctv. Wajib ada sistem keselamatan lain. Teknologi makin canggih. Server kami ada monitoring, remoting.. apa saja pelanggan buat kami boleh detect.. apa nak takut sangat pengaruh ke atas kanak2 bawah umur ini? takut sangat mereka terpengaruh dengan sosial internet kah? seperti kami katakan... sistem makin canggih, kami aktifkan filtering.. tak cukup dengan itu, kami pantau secara manual.
Ada mak bapak yang berpendapat selamat untuk tinggal anak2 mereka di cybercafe sewaktu mereka bekerjaya dari tinggalkan di rumah. Kenapa? Pikir la skang hal pecah rumah macam mana.JKK/rukun tetangga pon tak cukup tangan. Silap2 anak plak kena culik. Kalau anak2 ada dirumah, boleh pastikah mereka tidak akan merayau-rayau, masuk longkang parit mandi sungai? Kunci mereka? mereka bukan burung di dalam sangkar.. bukan ikan di dalam aquarium.. Sekurangnya di cyber cafe mereka akan duduk setempat sesama rakan2. Sehingga mak bapak datang jemput sekitar 5 ptg.
Dan saya akui, saya benarkan kanak2 darjah 6 guna perkhidmatan saya, non-bumi.. tapi atas permintaan mak dia jugak. mak dia bekerjaya, sini je tempat dia boleh hantar anak dia.Sebab dia anak tunggal, tak ada abang atau akak2 nak teman. Kecuali kawan2 dia, ada yang berumor belasan tahun (12 tahun ke atas) masih tidak selamat ke bersama rakan2 jiran?
Saya harap mpk boleh menggubal akta bawah 12 tahun ni tertakluk kepada syarat tertentu, paling tidak benarkan pengusaha dapat surat hitam putih dari mak bapak akan kebenaran meninggalkan anak di cyber cafe.
Jika tiada saranan, atau masih ingin membawa perkara ini ke masa hadapan, sampai bila la kita susah nk maju, kanak2 sekolah rendah tak dapat belajar komputer, buta IT, saya juga mengajar kt sekolah, saya sedih form 1 memang 0 knowledge pasal komputer, mouse pon tak kenal. Form 5 lagi la ada tak kenal reti sebut keyboard dan apa guna dia. Jangan jadikan negara ini mundur kerana undang2 yang terlalu ketat. Undang2 ciptaan manusia. Paling tidak ada kelonggaran tetapi bersyarat. Positif kan yg negatif menjadi neutral. Kita boleh kawal selagi kita yakin kemampuan kita.
Kami pengusaha cc berani duduk semeja dan berhadapan dengan pihak tuan, tunjukkan bukti2 cc lain yang benar2 lagi melanggar peraturan yang lebih serius.
Sekian.

KES 3:
ku sangka maju rupanya mundur
Fri, 11/07/2008 - 02:12
assalamualaikum.sahabat2 pengusaha cybercafe melayu nampaknya benar2 tidak puas hati dgn mpk.ya! saya juga pengusaha cybercafe yg sah berbangsa MELAYU.semua yg saya nak komen dah ada kat bawah ni pengusaha2 lain komen.
cuma nak tambah sikit je. berkenaan syarat bawah 12 dilarang masuk tanpa penjaga.3-4 bulan lepas, cybercafe saya diserbu oleh sepasang ibu bapa seorang kanak2 darjah 5.tujuan pasangan ibu bapa tersebut ingin mendapat kepastian kenapa anaknya tidak dibenarkan masuk ke cybercafe saya (saya melarang bawah 12 masuk-mpk yg kata tak boleh). jadi saya memaklumkan bahawa itu adalah syarat yg ditetapkan oleh MPK. ibu bapa tersebut tidak berpuas hati kerana anaknya dimarahi oleh guru di sekolah kerana tidak menyiapkan kerja kumpulan yang dikehendaki di dalam kelas di sekolah menggunakan perisian Microsoft Power Point. Kebetulan di rumah kanak2 terbabit tidak ada komputer dan hanya di cybercafe saya sahaja (terdekat di rumah kanak2 itu) yg diharapkan dapat menyiapkan kerja2 menggunakan Power Point. Disebabkan saya tidak membenarkan kanak2 tersebut masuk ke cybercafe saya, kanak2 tersebut tidak tahu ke mana lagi hendak menyiapkan kerjanya dan ke sekolah keesokan harinya dengan kerja yang tidak siap dan dimarahi gurunya. selepas mendapat penerangan saya, ibu bapa tersebut akhirnya faham dan menyindir MPK. (itu hak diorang).
sistem persekolahan makin maju. kalau dulu di sekolah kita bentang kerja atas kertas mahjong ditulis dgn pen market, tapi kini pembentangan dibuat menggunakan perisian Power Point.Kerajaan menyarankan supaya rakyat di setiap lapisan masyarakat tak kira kanak2,remaja dan dewasa mengenali dan mempunyai kemahiran IT. secara tidak sedar, badan kerajaan juga meletakkan syarat2 yang menyekat masyarakat daripada saranan kerajaan sendiri.
CC A buat judi. CC B tempat ponteng. CC C tempat porno. CC D-Z dikenakan tindakan. CC A-C terus bermaharajalela. inikah bukti MPK benar2 prihatin?
*harap2 MPK adakan mesyuarat berkenaan hal2 berkaitan dan panggil pengusaha cybercafe bumiputera shj. jgn tahu nak buat meeting nak serbu je.
-cc kat air putih ada byk beroperasi 24jam ® sampai subuh.. kat centre point tu pon ada. dah berbulan2 dr thn lepas. kenapa? masih menyiasat?-disko/pub/karaoke di jalan beserah beroperasi sampai 3-4 pagi. kenapa? masih menyiasat?-pusat snuker di sekitar bandar beroperasi sampai ke pagi. kenapa? masih menyiasat?KESEMUA PREMIS DIATAS DIUSAHAKAN BUKAN BUMIPUTERA!
seorang pengusaha cybercafe bumiputera dlm komuniti kami di indera mahkota hanya terlewat menetup premisnya 20minit kerana menunggu seorang student menyiapkan kerja untuk diprint telah diarahkan tutup premis selama 7 hari. diminta jumpa tuan itu, tuan ini, encik itu, encik ini. wassalam.

KES 4:
pngusaha kecewa dengan dasar PBT yang mmalukan bangsanya sendiri
Thu, 11/06/2008 - 21:12
ADAKAH PBT TAHU APA MAKNANYER KAFE SIBER SEHINGGAKAN DIPANDANG SERONG OLEH PBT?DILABELKAN SESUKA HATI TANPA USUL PERIKSA?Kafe siber boleh didapati di seluruh dunia tetapi lebih banyak tertumpu di kawasan bandar. Kebanyakan pengguna menggunakan khidmat kafe siber semasa melancong bagi memeriksa e-mel dan perkhidmatan mesej segera. Selain itu, pengguna yang tidak mempunyai capaian internet di rumah juga banyak yang menggunakan khidmat kafe siber. Kebanyakan kafe siber turut menyediakan permainan atas talian yang membolehkan pengguna bermain melalui sambungan LAN, popular di negara-negara Asia.
Lazimnya, semua komputer di kafe siber dihubungkan melalui sambungan LAN. Setiap komputer dipasang dengan perisian khas yang membolehkan komputer di kaunter mengawal setiap komputer di dalam kafe siber. Pekerja kaunter boleh menetapkan masa penggunaan, menambah masa penggunaan, menutup komputer serta mengunci komputer secara automatik apabila masa penggunaan tamat.
Terdapat juga kafe siber yang turut menyediakan perkhidmatan mencetak serta mengimbas imej.SEBAGAI PENGUSAHA KAFE SIBER YANG BERLESEN PIHAK KAMI RASE KESAL DENGAN TINDAKAN MPK PADA MASA INI DAN DAHULU KALA..YANG TAHU MENERIMA ADUAN PALSU,MAKAN SUAP DAN SEBAGAINYER..KALAU KANAK2 BAWAH 12TAHUN TIDAK DIBENARKAN MASUK..ADAKAH MEREKA HANYA DUDUK DI RUMAH?DENGAN ADANYA KAFE SIBER,KANAK2 BOLEH KAMI PANTAU DAN TAHU MENGGUNAKAN KOMPUTER..BUKAN HANYA PERGI MELEPAK SANA SINI,KENAPA PIHAK PBT TIDAK MENYERBU PUSAT2 JUDI?,KARAOKE?,SNOOKER? YANG MUNGKIN MENJALANKAN KEGIATAN HARAM?ADAKAH PIHAK PBT JUGA MAKAN DUIT HARAM?JADIKANLAH KOMEN2 DARI KAMI INI SATU JALAN BAGAIMANA NAK SELESAIKAN ISU INI DAN BERBINCANG DENGAN RASIONAL DAN BIJAKSANA..

POSTING DARI ADUAN DI LAMAN WEB MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN