Monday, November 24, 2008

36 mesin judi dirampas

PETALING JAYA: Polis menyerbu sebuah premis yang menjalankan kegiatan perjudian haram menerusi ’Ops Dadu’ dan merampas 36 set komputer perjudian yang dianggarkan bernilai RM72,000 di Seksyen 24/11 Kelana Jaya di sini, hari ini.
Premis terbabit bersembunyi di sebalik perniagaan kafe berinternet, diserbu kira-kira jam 2 petang hasil maklumat orang awam. Menurut jurucakap polis, dua orang pegawai polis yang berpakaian preman menyamar sebagai pelanggan selepas mendapat aduan bahawa kafe siber itu beroperasi sebagai pusat perjudian haram.
Kemudiannya, tujuh pegawai bertindak menyerbu premis yang ketika itu belum mempunyai pelanggan. Beliau berkata polis turut menahan dua wanita berusia 20-an yang bekerja di premis tersebut bagi membantu siasatan.

Ps: Siapa ya Owner dia? Nak untung cepat tapi orang ISLAM tak kan nak buat business macam itu.

959 komputer judi dirampas

Oleh: Mohd Nur Asnawi Daudasnawi@hmetro.com.my

KAJANG: Sebanyak 959 komputer yang diubahsuai menjadi mesin judi bernilai hampir RM2 juta dirampas polis daerah Kajang sepanjang tahun ini.Semua komputer itu dirampas daripada 91 premis yang diserbu dalam Ops Dadu Khas yang dilancarkan sejak awal tahun.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisoner Mohd Shakaruddin Che Mood, berkata sepanjang serbuan itu, seramai 78 orang ditahan.“Polis sudah menulis surat kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik di premis yang digunakan untuk tujuan perjudian.“Dalam serbuan terbaru semalam, polis merampas 28 komputer yang digunakan untuk tujuan perjudian,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, empat lelaki dipercayai penjaga juga diberkas dalam serbuan jam 4.30 petang itu.Menurutnya, polis akan terus melakukan operasi dari semasa ke semasa bagi menghapuskan kegiatan perjudian di sekitar daerah Kajang.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan perjudian boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-87362222 atau balai polis berhampiran.

Wednesday, November 12, 2008

ADAKAH ANDA PENGUSAHA CYBER CAFE BUMIPUTERA DI SELANGOR

Assalammualaikum,Jika Sdr/Cik/Puan/Tuan adalah pengusaha Cyber Cafe di Negeri Selangor sila hubungi saya melalui email di cbytesservices@gmail.com untuk membuat bantahan pembekuan lesen cyber cafe di Negeri Selangor.
Maka, saya memerlukan sekurang-kurangnya 10buah pengusaha Bumiputera yang ada lesen dan belum ada untuk menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi membantah pembekuan lesen di Negeri Selangor.
Besar harapan saya agar tindakan sedemikian akan membantu pengusaha untuk menjalankan perniagaan tuan/puan dalam keadaan yang selamat dan selesa tanpa ada gangguan daripada Majlis Perbandaran.
Permasalahan yang timbul kenapa cyber cafe dibekukan akan diberitahu setelah saya berjaya menghubungi pengusaha iaitu memerlukan sekurang-kurangnya 10 pengusaha.
Sekian.
Faizan

PENYATAAN PARLIMEN PADA 7 JULAI 2008 BERKENAAN CYBER CAFE

6. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
menyatakan sama ada beliau sedar bahawa penguatkuasaan polis terhadap pengurusan kafe
siber dan pusat internet telah membuka jalan untuk amalan korupsi dan apakah kerajaan
bercadang untuk mengawal operasi kafe siber dan pusat internet dan menggubal undang-undang
yang bersesuaian.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan II [Dato' Hamzah bin
Zainudin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan percaya semua agensi penguatkuasaan termasuk juga pihak polis, telah
melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh amanah berlandaskan peruntukan undangundang
sedia ada. Kementerian juga sedar bahawa operasi perniagaan kafe siber dan pusat
internet, mudah terdedah kepada gejala tidak sihat khususnya yang melibatkan para pelajar
sekolah dan golongan muda.
Sehubungan dengan itu, KPKT telah menyediakan satu garis panduan mengawal
perniagaan pusat siber dan siber kafe bagi tujuan kawalan ke atas premis perniagaan kafe siber
yang merangkumi aktiviti yang dibenarkan, masa operasi, had umur pengunjung, lokasi
perniagaan yang dibenarkan, larangan penjualan minuman keras dan rokok, penyediaan butiran
pelanggan dan aspek kebersihan premis, dan lain-lain.
■1040
Selain daripada garis panduan tersebut, pihak berkuasa tempatan boleh mengenakan
sebarang syarat tambahan yang difikirkan sesuai kepada setiap lesen atau permit yang
dikeluarkan seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Terima kasih.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan
tambahan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri
kata bahawa penguatkuasaan terhadap kafe siber dan pusat internet oleh polis dan lain-lain
DR. 7.7.2008
12
agensi adalah berdasarkan kepada undang-undang yang sedia ada. Bolehkah Yang Berhormat
memberitahu Dewan ini apakah undang-undang yang dimaksudkan itu? Sekian.
Dato' Hamzah bin Zainudin: Saya sudah beritahu kepada Yang Berhormat bahawa
akta yang kita gunakan adalah Akta Kerajaan Tempatan Akta 171 di bawah seksyen 107(2). Kita
juga telah pun membuat satu lagi garis panduan. Saya ingin menjelaskan kepada Yang
Berhormat, siber kafe adalah merupakan satu premis yang digunakan untuk kemudahan internet.
Oleh sebab itu kita buat satu garis panduan untuk menentukan bahawa sesiapa yang membuka
perniagaan siber kafe ini harus mengikut garis panduan yang telah pun kerajaan buat untuk
aktiviti penyebaran dan mendapatkan maklumat melalui internet sahaja. Itu yang telah pun kita
gariskan seperti yang saya jelaskan tadi. Terima kasih. Terima kasih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Soalan ringkas sahaja Yang
Berhormat ya!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ringkas, padat dan tepat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, terima kasih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Itu pun sudah panjang juga. Yang
Berhormat Timbalan Menteri, saya mengikuti jawapan dan benarlah apa yang telah pun menjadi
undang-undang kepada kerajaan kita berkaitan dengan siber kafe ini tapi pengunjung siber kafe
ini. Ini yang menjadi masalah ialah anak-anak muda dan pelajar-pelajar. Games yang dimainkan
dalam itu ialah tembak-menembak bunuh-membunuh itu yang menjadi kesukaan dan kalau kita
tak sekat perkara ini ia akan mempengaruhi fikiran dan jiwa anak-anak dan kalau anak-anak
terpengaruh dengan games yang bunuh-membunuh dan tembak-menembak ini akhirnya
masyarakat kita, apabila mereka dewasa kebiasaan ini ditakuti akan terserap dalam kehidupan
mereka dan ini memberikan kesan buruk.
Jadi ada tak sekatan-sekatan supaya perkara ini tidak berleluasa? Saya haraplah
kerajaan mengambil tindakan tegas supaya musuh kepada generasi akan datang ini dapat kita
hapuskan. Terima kasih.
Dato' Hamzah bin Zainudin: Terima kasih Yang Berhormat. Ini adalah merupakan satu
soalan yang begitu baik sekali. Saya hendak beritahu, bahawa undang-undang yang kita ada
adalah merupakan undang-undang keseluruhan yang ada dalam negara kita termasuklah
undang-undang yang ada dalam Kementerian Dalam Negeri di mana segala gambar-gambar
lucah, pornografi, mesin cetak dan penerbitan adalah merupakan undang-undang yang
digunakan melalui Kementerian Dalam Negeri.
Begitu juga dengan aktiviti perjudian, dikawal melalui Akta Rumah Perjudian Terbuka
tetapi dalam Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta 588 memperuntukkan bahawa tiada
sebarang kawalan ataupun tapisan ke atas sebarang aktiviti ataupun maklumat internet yang
digunakan. Maka sebab itu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hanya ada
DR. 7.7.2008
13
undang-undang melalui premis itu sahaja. Maka melalui undang-undang premis itulah yang kita
perketatkan di mana kita telah pun minta supaya sesiapa sahaja yang ingin membuka
perniagaan ini harus mengikut garis panduan yang telah pun saya katakan tadi. Kegiatankegiatan
lain yang tidak dibenarkan sama sekali khususnya adalah berbentuk hiburan seperti
berikut:-
(i) permainan video;
(ii) perjudian;
(iii) gambar-gambar lucah;,
(iv) pipe. muzik; dan
(v) penjualan bahan-bahan bercetak yang mengandungi unsur-unsur
negatif.
Ini adalah merupakan aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan sama sekali dalam premis
yang telah pun diluluskan bagi perniagaan siber kafe tadi.
Walau bagaimanapun, kita juga telah menentukan supaya masa operasi digunakan
hanya setakat pukul 12 malam dan kepada mereka yang berumur 12 tahun ke bawah hanya
boleh masuk menggunakan internet kafe ini sehingga jam 10 malam dan sekiranya mereka ingin
menggunakan internet kafe ini mereka hanya boleh dengan membawa ibu bapa untuk
mengunjungi kafe siber tersebut.
Walau bagaimanapun, seperti apa yang kita dengar tadi Yang Berhormat Dato' Seri
Mohamed Nazri ada mengatakan bahawa Pelan Integriti Nasional ini adalah merupakan satu
budaya rakyat Malaysia maka kita harus sama-sama menggunakan agenda kerajaan untuk
membudayakan rakyat yang begitu baik. Sekian, terima kasih.

ADAKAH ANDA PENGUSAHA CYBER CAFE BUMIPUTERA DI SELANGOR

Assalammualaikum,

Jika Sdr/Cik/Puan/Tuan adalah pengusaha Cyber Cafe di Negeri Selangor sila hubungi saya melalui email di cbytesservices@gmail.com untuk membuat bantahan pembekuan lesen cyber cafe di Negeri Selangor.
Maka, saya memerlukan sekurang-kurangnya 10buah pengusaha Bumiputera yang ada lesen dan belum ada untuk menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi membantah pembekuan lesen di Negeri Selangor
Besar harapan saya agar tindakan sedemikian akan membantu pengusaha untuk menjalankan perniagaan tuan/puan dalam keadaan yang selamat dan selesa tanpa ada gangguan daripada Majlis Perbandaran.
Permasalahan yang timbul kenapa cyber cafe dibekukan akan diberitahu setelah saya berjaya menghubungi pengusaha iaitu memerlukan sekurang-kurangnya 10 pengusaha.

Sekian.

Faizan