Sunday, January 11, 2009

Surat Terbuka & Cadangan

KECEWA PENYALAHGUNAAN PERNIAGAAN PUSAT INTERNET DI SELANGOR OLEH PENGUSAHA YANG INGIN CEPAT MENGAUT KEUNTUNGAN DAN MENYEBABKAN PENGGUNA SENGSARA.

Didalam dunia yang memerlukan dapatan maklumat yang cepat dan pantas, masyarakat tidak mahu dikatakan sebagai ketinggalan zaman. Maka atas sebab itu, Pusat Internet ( Kafe Siber) telah banyak tumbuh dan diwujudkan hanya semata-mata ingin membantu masyarakat yang tidak mampu untuk memiliki Komputer ataupun guna computer hanya mengikut keperluan semata-mata yang bagi mereka tidak wajar untuk dibelinya. Sebenarnya kebaikan Pusat Internet terlalu banyak apabila ia ada iaitu membantu pelajar menyiapkan kerja kursus yang diberikan disekolah, membantu semua lapisan masyarakat dalam mencari maklumat, membantu usahawan yang tidak mempunyai pejabat tetap sebagai pejabat sementara dan mengurangkan budaya lepak di bus stop dan taman-taman mainan seerta banyak lagi. Ingat perniagaan yang berpandukan kepada permainan game terlalu banyak namun tidak banyak yang mampu menyediakan khidmat yang sepatutnya pusat internet diwujudkan yang amat diperlukan oleh masyarakat. Yang menjadi tanda tanya saya ialah Siapakah yang sering menyalahgunakan dan melanggar undang-undang kafe siber ini.

Namun begitu, saya memuji dengan tindakan pihak polis di Kajang melalui Ketegasan Ketua Polis Daerah Kajang yang berjaya membenteras perjudian yang berselindung disebalik Ops Dadu di sekitar kajang. Melalui maklumat orang awam juga, pihak polis dan PBT Berjaya menghidu kafe siber yang menjalankan perjudian di Puchong dan berjaya merampas sebanyak 33 komputer yang telah diubahsuai kesemuanya berlaku di Selangor. Dalam operasi tersebut terdapat banyak Kafe Siber telah menyalahi undang-undang dengan menyalahgunakan penggunaan lesen atau berselinding disebalik kafe siber. Diharap pihak polis dan PBT berganding bahu dalam membantu membenteras pusat judi ini secara berterusan. Kenapa keadaan ini berlaku walaupun lesen siber telah dibekukan dan dibekukan namun masalah video game dan perjudian tidak dapat diselesaikan terutama yang berselinding disebalik kafe siber.

Maka di sini saya sebagai salah seorang pengguna tetap kepada kafe siber amat mengharapkan Kerajaan Negeri, Polis, PBT, dan Orang Awam bersedia untuk membenteras dengan membuat pembersihan secara berkala semasa waktu pembekuan ini supaya nama baik Pusat Internet ini dapat dibersihkan dan tidak dipandang hina oleh masyarakat dan pemimpin.Saya ingin mengesyorkan kepada semua pihak yang terlibat dalam penguatkuasaan ini iaitu:

1) Dapatkan butiran lengkap kesemua Pengusaha Pusat Internet / Kafe Siber baik yang ada lesen dan yang tiada lesen. Tujuan adalah pembersihan dan kajian kewajaran Pusat Internet di sesuatu kawasan.

2) Mengikut peraturan baru yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jika dipatuhi dan diikuti mustahil pengusaha yang tidak bertanggungjawab akan berleluasa tetapi jika ada orang yang melindunginya maka itu adalaah salah asuhan oleh mereka yang berkuasa dan seharusnya mereka itu diletakkan bersama dibawah ordinan tahanan sementara bukan sahaja pengusaha yang kurop malah pegawai kerajaan yang melindungi juga dihukum.


3) Hanya membenarkan aktiviti-aktiviti internet sahaja, permainan video game yang melampau tidak dibenarkan atau membenarkan game apa yang boleh misalnya permainan bolasepak, Kereta Lumba, Strategik Perang dan lain-lain.

4) Menghadkan komputer kepada maksimum 25pc sahaja kerana ini akan memudahkan kawalan dan permerhatian oleh pekerja kafe siber.( Peraturan Perlu dikuatkuasakan)

5) Memastikan keadaan persekitaran terang kepada 90% cahaya lampu. Ini perlu supaya mudah dilihat oleh orang awam dan pihak berkuasa jika ingin memantau.

6) Kanak dibawah 13tahun tidak dibenarkan masuk kecuali ditemani ibubapa. Atau hanya dibenarkan untuk printing di kaunter sahaja. Kebenaran dari Persatuan-Persatuan Penduduk kawasan juga perlu sebagai sebahagian kelulusan lesen.

7) Menghadkan jumlah pengusaha antara 1 atau 2 sahaja dalam sesuatu kawasan melalui perancangan PBT dan perlu dipaparkan di laman web supaya tidak berlaku satu-satu kawasan terdapat terlalu banyak yang akan menyebabkan kawalan amat susah terutama semasa operasi yang akan menyebabkan lain-lain pengusaha akan menghidunya dan selamat waktu operasi.

8) Kepada Penguatkuasa PBT, mereka yang pakar dalam I.T harus dilantik ke jawatan Pegawai Penguatkuasa supaya mereka ini dapat mengetahui dengan lebih cepat dan senang memeriksa dan tidak hanya pandang dari sudut fizikal semata-mata.

9) Kepada Penguatkuasa PBT juga sentiasa membuat pemamtauan berterusan melalui kaedah meninjau dengan sentiasa berada di kawasan-kawasan premis perniagaan.

10) Memastikan semua penguatkuasa dan polis tidak melindungi mereka yang tidak bertanggungjawab melalui unsur rasuah. Ini penting kerana tidak mahu pihak berkuasa melindungi mereka kerana akan membantutkan usaha murni kerajaan dan akan bertambahlah tonto.

Harapan saya semoga segala daya usaha yang dibuat secara tidak langsung akan membantu membenteras gejala tidak sihat baik oleh pengusaha yang tidak bertanggungjawab mahupun pelanggan yang dahaga perjudian. Mereka yang benar-benar mahupun keperluan dan kemudahan kafe siber telah menyusahkan banyak pihak.

Niat pembekuan lesen adalah untuk mencari satu mekanisma bagaimana penyalahgunaan ini tidak berlaku kepada Pusat Internet maka diharap pembekuan ini hanya bersifat sementara kerana dilihat pengusaha yang prihatin kepada Dunia Bermaklumat melalui IT tertunggu-tunggu akan pembukaan semula lesen.Jangan kerana nila setitik pecah periuk sebelanga....!!!

Sekian.

Masyarakah Prihatin & Berilmu
Bangi Bandar ILMU, Serdang

PENDAFTARAN PENGUSAHA BUMIPUTERA

ASSALAMMUALAIKUM

JIKA ANDA PENGUSAHA KAFE SIBER BUMIPUTERA DI NEGERI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN SILA EMAIL PADA SAYA UNTUK MERANCANG DAN MENUBUHKAN PERSATUAN BUMIPUTERA.

TERIMA KASIH