Tuesday, May 19, 2009

Daerah Ampang syurga kaki judi? Selangor Diperintah Pakatan Rakyat Perlu Buat Sesuatu!!


KUALA LUMPUR 18 Mei – ‘Syurga’ bagi kaki judi. Begitulah ibaratnya kawasan Ampang kini sehingga ada yang menggelarnya sebagai ‘mini Genting Highlands’.

Ia berikutan kegiatan judi Internet yang dikatakan begitu aktif di kawasan tersebut.
Sebut apa sahaja jenis permainan judi yang dikehendaki pelanggan, pasti impian mereka tidak dihampakan.


ASEAN Casino yang terdapat di premis-premis berkenaan menjadi tarikan kaki judi kerana menyediakan lebih 50 jenis permainan judi termasuk roulette, slot games, black jack, baccarat dan jackpot.


Premis-premis judi ini juga dikatakan mengaut kira-kira RM20,000 hingga RM25,000 sehari hasil daripada aktiviti judi tersebut.


Hasil tinjauan mendapati tuan-tuan punya pusat snuker dan kafe siber secara terbuka menyalahgunakan lesen perniagaan dengan menawarkan permainan judi Internet kepada pelanggan-pelanggan.


Bagi melihat sendiri operasi judi Internet itu, penulis telah menyamar masuk sebagai pelanggan ke beberapa premis di Pandan Indah, Pandan Perdana dan Pandan Mewah, baru-baru ini.


Hasil tinjauan itu agak mengejutkan penulis apabila mendapati salah sebuah pusat snuker yang menjalankan aktiviti haram tersebut hanya terletak kira-kira 100 meter dari Balai Polis Pandan Perdana.


Terdapat lima meja snuker di tingkat bawah premis tersebut manakala di tingkat atasnya pula terdapat 18 buah komputer yang digunakan untuk permainan judi Internet.


Setiap pelanggan yang masuk akan diawasi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis tersebut.


Selain CCTV, premis berkenaan turut dikawal oleh bouncer-bouncer warga asing yang bertubuh tegap dan berwajah garang.


Hanya juruwang sahaja yang mesra dengan pelanggan-pelanggannya yang kebanyakannya berusia awal 20-an.
Sumber: Utusan Melayu

Wednesday, May 6, 2009

SUASANA & PERSEKITARAN PUSAT INTERNET


Pelanggan Dikalangan pelbagai bangsa

Kelebihan Pusat Internet ini tenteram dan selamat

Tuesday, May 5, 2009

DUA KAFE SIBER DI SITA

Dari Harian Metro 5 Mei 09 Selasa


KAJANG: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyita dua premis kafe siber dan menarik balik lesen sembilan pengusahanya kerana didapati menjalankan kegiatan judi Internet serta membenarkan remaja yang masih lengkap berpakaian sekolah menggunakan perkhidmatan game Internet di premis mereka.Hasil operasi sita itu, MPKj berjaya merampas 70 komputer yang digunakan untuk judi Internet dan berazam meningkatkan lagi pemantauan dari semasa ke semasa memandangkan kebanyakan pengusaha licik menyembunyikan kegiatan mereka.Berikutan itu MPKj turut membekukan sebarang permohonan untuk membuka premis kafe siber di kawasan pentadbirannya sehingga tempoh yang diputuskan oleh kerajaan negeri kelak.Yang Dipertuanya, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman, berkata kegiatan kafe siber yang mengambil kesempatan terhadap lesen yang diberi pihak berkuasa dengan menjalankan kegiatan judi Internet sepatutnya tidak berlaku.













“Kita tahu premis ini hanya bergantung pada perkhidmatan Internet yang digunakan untuk mendapatkan untung dan ada segelintir mereka mendapat keuntungan melalui remaja sekolah yang bermain game Internet.


“Pihak kami sentiasa menjalankan pemantauan untuk memastikan isu ini dapat ditangani dengan berkesan kerana agak sukar sebenarnya untuk menangkap mereka yang menjalankan kegiatan perjudian Internet ini lebih-lebih lagi yang membabitkan remaja sekolah,” katanya pada mesyuarat penuh MPKj di sini.Menurutnya, pengusaha premis terbabit bijak menyembunyikan kegiatan mereka dengan mematikan terus komputer apabila serbuan dilakukan dan bukti yang mencukupi perlu dikumpul supaya mereka yang tidak bertanggungjawab ini boleh didakwa.


Sementara itu, MPKj juga akan memperbesarkan stor penyimpanan barangan yang disita dan akan menjalankan lebih pemantauan serta mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang didapati menjalankan perkara tidak sihat ini.“Melalui maklumat yang kami peroleh tindakan segera dan tegas akan diambil bagi memastikan setiap premis tidak menyalahgunakan lesen yang diberi untuk mengaut keuntungan dengan cara kotor,” katanya.


Rumusan:

Saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas tindakan tegas terhadap pengusaha yg terang-terang melanggar peraturan Kafe Siber oleh MPKJ seperti membenarkan pelajar sekolah berpakaian sekolah masuk dan yang paling teruk menyediakan perkhidmatan judi yg mana haram disisi Agama Islam. Bagi saya jika permainan sahaja tidak mengapa tetapi jika perjudian juga ada maka ini nyata merosakkan pelajar sekolah tersebut dan cenderung ke arah kecelakaan yang berterusan.
YDP Mpkj telah menyatakan berikut,
“Kita tahu premis ini hanya bergantung pada perkhidmatan Internet yang digunakan untuk mendapatkan untung dan ada segelintir mereka mendapat keuntungan melalui remaja sekolah yang bermain game Internet.

Saya menyanggah sama sekali dengan kenyataan di atas yang sebenarnya ke arah pemikiran orang lama mungkin akan datang YDP yang baru tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian. Mendapatkan keuntungan melalui remaja sekolah adalah merupakan satu pusingan kehidupan. Jika kita mengatakan keropok yang dijual di kedai juga pembelinya adalah dikalangan remaja dan anak-anak sekolah. Menyediakan Pusat Bowling juga pelanggan nya dikalangan remaja pihak berwajib tidak bising lagi teruk dari Siber Kafe. Inilah dikatakan orang lama yang sudah biasa dengan congkak, konda-kondi, rondes, main guli dan sebagainya. Budaya lama seperti ini tidak lagi kerana remaja sekarang lebih seronok berada di dalam aircond/indoor. Begitu juga pekerjaan sekarang tidak ramai yang mahu bekerja diluar berbanding diluar.

Dalam kes pelajar sekolah saya cuba ingin melontarkan keadaan atau ruang dalaman premis tersebut dengan menguji anak saya sendiri yang berumur 4 tahun & 5 tahun tadika di Pasti Ilmi TDJ dimana saya membiarkan mereka bermain di tempat premis ayahnya sendiri dan kemudian saya cuba meletakkan mereka di premis lain yang jauh persekitaran tersebut tidak sama seperti bising, merokok, dan gelap akhirnya mereka sendiri yang meminta untuk keluar dari premis tersebut kerana tidak selesa.


Maka , disini sahaja rumusan saya. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak berkuasa dan sama waktu dengan-nya.

Pesanan saya....

LU FIKIR LAH SENDIRI!

Monday, May 4, 2009

Email Kepada Yb Ronnie Liu dan Exco Kerajaan Selangor

Salam Sejahtera,

Semoga semua Yb-Yb berada dalam keadaan sihat walafiat,

Tujuan kehadiran email ini yang merupakan buat kali ke 3 telah dihantar kepada Exco PBT Selangor iaitu Yb Ronnie Liu.

Diattachkan juga kompaun yang telah dikenakan kepada saya kerana kesalahan hanya "Menjalankan Perniagaan Tanpa Lesen" bukan kesalahan berat yang mencurigakan pihak Majlis Tempatan seperti perjudian dan melanggar peraturan sedia ada. InsyaAllah kesemua cawangan-cawangan saya akan mengikuti segala peraturan yang sememangnya telah diwujudkan sejak pada tahun 1999 sewaktu penubuhan Pusat Internet pertama saya yang juga diikuti peraturan tersebut.

1 Mei 2009, Hari Pekerja telah memberikan saya satu lagi kompaun dari MPAJ setelah pekerja saya merayu untuk tidak mengambil barangan didalam premis tersebut iaitu kehadiran seramai 20anggota penguatkuasa MPAJ bersama 2 buah VAN dan Lori yang amat saya tidak puas hati kerana saya telah disabotaj yang mana hanya premis saya sahaja yang beroperasi dan tidak mendapat maklumat bahawa ada satu operasi pada jam 9.50mlm. Premis lain yang sememangnya jelas melanggar peraturan telah tutup begitu juga gerai-gerai makanan juga tutup dan pada fikiran saya mereka telah dapat mengetahui awal bahawa satu operasi akan diadakan.

Persoalan Saya,

1. Adakah ini adil pada saya?
2. Adakah pembekuan Pusat Internet adil dan telus pada pemilik yang "BERSIH"?
3. Apakah tindakan segera dari Kerajaan Negeri Selangor yang dikatakan telus dalam segala hal?
4. Kenapakan keputusan pembekuan ini telah melangkau hampir 1 tahun lebih? Satu Kajian Segera akan dibuat(Lihat email paling bawah sekali bertarikh 30 April 2008 ).
5. Adakah pembekuan ini telah menghasilkan pendapatan berganda kepada PBT?

Setelah hampir Setahun saya beroperasi dalam keadaan penuh ranjau dan duka kerana beroperasi tidak mengikut waktu takut dikenakan tindakan menyita dan kompaun akhirnya saya kecundang juga apabila operasi dibuat pada waktu malam seperti diatas.

Jika tiada keputusan muktamad setelah hampir 1 tahun saya beroperasi yang boleh membantu saya menyelesaikan masalah ini supaya premis ini terus wujud dan saya mampu membayar pinjaman kedai mengikut jadual maka tindakan undang-undang menjadi pecaturan saya demi menyelamatkan kerugian saya iaitu 75ribu kos buka kedai & juga memastikan pinjaman kedai terus boleh dibayar yang mana sewaktu saya membeli kedai tersebut pada pertengahan 2007 dengan tujuan menjalankan perniagaan Internet Centre mengikut peraturan sedia ada dan langsung tidak mengetahui akan niat kurang bijak kerajaan negeri membekukan lesen ini sewaktu BN Memerintah dan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih.

Samaada akan bawa ke Mahkamah bergantung kepada keputusan Peguam Saya kerana ia melibatkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat jika tiada penyelesaian yang muktamad juga demi menjaga dan menuntut hak saya terpaksa saya menyerang dan melawan kerajaan negeri di Mahkamah. Menang atau Kalah bukan niat saya cuma mahukan pembelaan dan ingin membersihkan Perniagaan Internet Centre yang amat buruk pada pandangan masyarakat ketika ini.

Sekian,

Terima kasih.


Engku Faizan Azhar b Che Engku Husin
770722-14-5115
019-6287572




Sunday, May 3, 2009

TINDAKAN MACAM INI BARU BETUL...

TINDAKAN POLIS DAN JPJ TEPAT DAN BETUL DALAM MENYEKAT MAT REMPIT BUKANNYA BERTINDAK SEPERTI KERAJAAN NEGERI SELANGOR YANG SEMPIT AKAL FIKIRAN MEMBEKUKAN LESEN CYBER CAFE TAPI BERLAMBAK CYBER CAFE JUDI HARAM...

LU FIKIRLAH SENDIRI..


500 mat rempit, pelumba haram ditahan di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: Seramai 500 mat rempit dan pelumba kereta haram ditahan di kawasan Dataran Merdeka di sini dalam operasi mencegah kegiatan lumba haram dan kesalahan lalu-lintas dari jam 11 malam tadi hingga awal pagi ini. Pelumba haram itu termasuk mereka yang di bawah umur terperangkap apabila semua laluan di situ dikepung. Kira-kira 200 anggota polis trafik, narkotik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil bahagian dalam operasi bersepadu itu.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, berkata dalam operasi itu didapati terdapat pelumba haram yang sengaja menggelapkan nombor plat kenderaan mereka bagi menyukarkan pengesanan. "Kita mendapati hampir semuanya mempunyai kesalahan seperti mengubah suai enjin, tiada cermin sisi, plat nombor pendaftaran motosikal digelapkan dan nombor casis palsu," katanya. Sementara itu, Pengarah Penguatkuasa JPJ, Salim Parlan, berkata sebanyak 115 motosikal serta empat buah kereta yang diubah suai turut disita.
"Kenderaan berkenaan disita kerana tidak memiliki cukai jalan, cukai jalan tamat tempoh, tiada lesen memandu dan kenderaan diubah suai tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan," katanya. - Bernama

NOTA:

CUBA KALAU KITA BEKUKAN LESEN MOTOSIKAL....

ADA LAGI KE MAT-MAT MOTOR NAK LUMBA....!!!

BODOH LAGI BANGANG JAWAPAN AKAN KELUAR NANTI......

Zon Siber Perpustakaan Negara


Zon Siber Perpustakaan Negara

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN


Penggunaan Perpustakaan Negara Malaysia kini menikmati kemudahan siber bagi memastikan mereka mendapat kepuasan dalam perkhidmatan
MELANGKAH ke Zon Siber, Aras 1, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur bagai tidak terasa berada di dalam sebuah perpustakaan.
Di satu sudut, beberapa pengunjung dewasa berdiri sedang asyik menggunakan Internet untuk mencari bahan ringkas untuk tugasan mereka.
Sementara di meja bulat yang menempatkan empat buah komputer kelihatan pelajar sekolah sedang bermain permainan komputer, melayari laman web, berbual siber dan memuat turun gambar.
Di satu sudut lain pula, empat orang remaja perempuan sedang menaip tugasan yang mungkin diberikan guru masing-masing.
Manakala di sebelah rak buku seorang remaja perempuan sedang menelaah buku rujukan mungkin untuk menghadapi peperiksaan.
Di sofa pula seorang lelaki separuh umur sedang membaca, mungkin menunggu anaknya yang sedang menggunakan Internet.
Suatu masa dahulu, sebut saja perpustakaan kita tentu terbayang amat suasana sunyi sepi dengan ‘ulat buku’ yang leka menelaah buku-buku.
Bagaimanapun dengan kecanggihan teknologi dan kemajuan dalam bidang telekomunikasi, sedikit demi sedikit perpustakaan perlu mengikuti rentak teknologi terkini.
Justeru PNM telah melangkah setapak lagi dengan mewujudkan Zon Siber bagi kemudahan kanak-kanak, remaja dan dewasa yang menggunakan Internet sebagai rujukan tugasan.
Timbalan Pengarah Pusat Maklumat Malaysiana, PNM, Nor Hayati Yahya berkata, Zon Siber yang telah mula beroperasi sejak 18 November tahun lalu bagi memberikan kemudahan kepada remaja untuk mengakses maklumat daripada Internet.
“Di sini kami mensasarkan golongan pelajar, remaja dan juga dewasa yang menggunakan Internet sebagai rujukan,” katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Norhayati berkata, sebelum ini zon siber berada di aras 4 tetapi disebabkan kawasannya di bahagian rujukan dan pinjaman, kanak-kanak tidak dibenarkan masuk.
Kini Zon Siber yang seakan-akan konsep siber kafe berada di aras 1 membolehkan kanak-kanak berumur 11 tahun ke atas menggunakan Internet selain pelajar masih boleh berbincang sesama sendiri.
Golongan pelajar juga boleh menggunakan koleksi buku rujukan yang disediakan seperti untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), buku sejarah, kebudayaan dan novel.

“Selain itu pengunjung bebas menggunakan komputer untuk apa saja tujuan sama ada menghantar atau membaca emel, ruang bual siber mencari bahan rujukan, melayari laman sosial seperti Facebook atau Friendster atau bermain permainan komputer.
“Di sini pengunjung bebas asalkan tidak melayari laman-laman web yang tidak bermoral,” katanya.

Zon Siber yang boleh menampung kapasiti sehingga 100 tempat duduk dengan 29 unit komputer boleh dikatakan satu kawasan santai.

Di zon siber terdapat peralatan

- 20 unit standing OPAC bagi meja komputer tanpa kerusi untuk penggunaan cepat
- tiga unit meja komputer empat tempat duduk
- enam unit meja komputer satu tempat duduk
- 11 unit meja
- 100 unit kerusi
- lapan unit sofa untuk tujuan perbincangan

Hampir kesemua komputer di zon siber dilengkapi dengan sambungan Internet dan pangkalan data komersial yang dilanggan oleh PNM.

Antara pangkalan data yang boleh diakses oleh pengunjung adalah BLIS, CLJ (tempatan), Ebsco, GMID, E-Brary, Nexis.com dan Emerald yang dilanggan dari luar negara.

Nor Hayati menambah, di Zon Siber juga terdapat enam buah komputer yang tidak disambung dengan talian Internet khusus untuk Perkhidmatan Kesetiausahaan.

“Di sini pengunjung boleh menggunakan komputer untuk menaip tugasan, mengimbas dan mencetak.

“Buat masa ini semua perkhidmatan adalah percuma sehingga ke satu masa yang akan ditetapkan,” katanya.

Nor Hayati berkata, sambutan yang ada amat menggalakkan terutama selepas waktu sekolah, pejabat, semasa cuti sekolah dan hujung minggu.

Sehingga kini lebih 6,000 pengguna telah menggunakan kemudahan yang ada di Zon Siber PNM.

Buat masa ini kata Nor Hayati, semua komputer yang ada di Zon Siber di bawah kontrak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selama setahun.

“Selepas tempoh itu pihak kami akan menjalankan kajian dan mendapatkan maklum balas pengguna mengenai Zon Siber.

“Jika maklum balas positif kami akan meningkatkan perkhidmatan sesuai dengan keperluan pengunjung,” katanya.

Bagaimanapun tegas Nor Hayati, pihak PNM mungkin akan mengenakan bayaran pada satu tarikh yang belum ditetapkan dengan kadar yang minimum.

Selain itu, PNM juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti perkhidmatan kepada penerbit termasuk International Standard Book Number (ISBN), International Standard Serial Number (ISSN) dan Pengkatalogan Dalam Penerbitan (PDP).

Di sana juga terdapat koleksi bercetak dan tidak bercetak merangkumi bahan dalam dan luar negara.

Bagi memudahkan pengguna, PNM juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengguna seperti bilik kajian, bilik tayangan, bilik kemudahan kanak-kanak, dewan pameran, bilik serbaguna, auditorium, kantin, telefon awam, surau, laluan orang kurang upaya berkerusi roda, bilik simpanan bagasi, lif dan medan letak kereta percuma.

Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti terkini PNM boleh melayari laman web PNM di www.pnm.my