Friday, August 14, 2009

Maklum balas Internet

PUTRAJAYA 13 Ogos – Kerajaan sedang mendapatkan maklum balas daripada orang ramai khususnya ibu bapa mengenai sejauh mana kandungan Internet mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kajian selama tiga bulan itu akan memberi tumpuan kepada reaksi mereka terhadap unsur-unsur negatif seperti pornografi kanak-kanak, perjudian dan kegiatan yang mendedahkan kepada terorisme.
Jelasnya, berdasarkan hasil kajian tersebut, kerajaan akan mempertimbangkan cadangan-cadangan yang dilihat positif untuk dilaksanakan.
“Kajian ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan Negara manakala kementerian saya akan memastikan ia siap mengikut tempoh ditetapkan.
“Jika ada cadangan positif dan baik kepada orang ramai, kita akan umumkan nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran wajah baru akhbar berbahasa Arab, Ahlan terbitan Ahlan Press Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Friday, August 7, 2009

Isu Lesen Kafe Siber


Statement Dibawah merupakan isu berkenaan dgn Pemberian Lesen Pusat Siber pada 03 Jun 2009. MB Selangor telah berkata akan membuat kajian berhubung dengan Isu Pusat Siber ini dan menyarankan kepada Pengusaha utk memberi pandangan dan pendapat untuk membantu mengurangkan gejala sosial yg kerap berlaku kepada Kafe Siber.

Hari ini 7 Ogos 2 bulan berlalu, tiada apa-apa tindakan atau keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor berhubung dengan status lesen Kafe Siber di Negeri Selangor. Exco PBT iaitu Yb Ronnie Liu adakah beliau sudah melaksanakan janji untuk membuat penyelidikan dan kajian berhubung dgn Kafe Siber ini. Bilakah laporan atau hasil dari penyelidikan tersebut dapat dibentangkan.

Dengan isu terbaru iaitu Isu Arak juga dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor utk diberi tempoh sebulan untuk mencari mekanisma dlm menyelesaikan isu arak ini.

Sekali lagi saya ingin tegaskan kepada masyarakat umumnya bahawa nama baik kafe siber telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dan maka ini telah membantutkan penglibatan usahawan bumiputera yang berminat menceburi bidang ini. Saya tidak setuju kerajaan negeri dan media mengaitkan Kafe Siber ini dengan perjudian dan gejala-gejala lain kerana jika peraturan dikuatkuasakan dan tindakan tegas dikenakan maka sudah memadai untuk memastikan pengusaha-pengusaha menjalankan perniagaan dengan jujur dan bertanggungjawab dan amanah. Cuma yang menjadi persoalan saya, dimanakah ketegasan pihak Penguatkuasa PBT dalam hal berhubung dengan pelanggaran peraturan oleh sesetengah premis Kafe Siber.Suka saya mencadangkan kepada pihak PBT bahawa setuju dengan memusatkan semua PBT selangor dibawah satu iaitu pekerja yang berdepan dengan risiko perkerjaan terutama Penguatkuasa yang boleh dirasuah dpt dielakkan melalui pertukaran Pbt ke Pbt di Negeri Selangor.

Saya bersetuju dengan peraturan tidak membenarkan pelanggan berumur 12tahun masuk didalam premis ini tapi bukan dibawah 18tahun kerana

1. Pusat Kafe Siber ini bukan pusat perjudian atau hiburan seperti Kelab Malam dan Rumah Urut
2. Pelajar sekarang banyak melaksanakan kertas kerja yang diberikan oleh guru seperti Folio Geografi dan sebagainya yang amat memerlukan perkhidmatan pusat internet ini.
3. Rujukan mencari bahan-bahan yang mudah didapati bagi kegunaan pelajar sekolah.
4. Pendedahan dengan Teknologi Maklumat.

Saya juga bersetuju dengan menyekat aktiviti game yang dimana program game ini perlu diinstall terlebih dahulu dalam premis kecuali game dari web site yang tidak boleh untuk menyekatnya.

Saya cabar kepada semua yang terlibat, ikut peraturan sediaada dan tarik balik serta merta lesen mereka jika didapati melanggar peraturan yang dikuatkuasakan. Kempenkan Rasuah Sifar dlm PBT, InsyaAllah segala apa yang dilaksanakan akan membantu menyelesaikan isu ini.

Begitu juga, Isu Arak jika peraturan tidak membenarkan menjual arak kepada org ISlam tetapi mereka menjual juga maka caranya hanya satu tarik balik semula lesen menjual arak dan denda semaksimum mungkin kepada premis tersebut.

Sekian.

7 Ogos 2009 / 3.45ptg


Selangor Kaji Semula Pemberian Lesen Pusat Siber

Posted by admin
Wednesday, 03 June 2009 00:05

(TV Antara) - Kerajaan negeri Selangor akan mengkaji semula pemberian lesen pusat siber oleh pihak berkuasa tempatan untuk membendung gejala maksiat seperti permainan judi di pusat-pusat sedemikian.
Sehubungan itu, Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim turut menolak permintaan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat siber dari 12 tengah malam kepada 3 pagi.
"Saya ingat buat masa ini kerajaan negeri belum mengubah apa-apa pendirian tentang memanjangkan masa perniagaan. Ini adalah disebabkan kerajaan juga mendapat cadangan pemerhatian daripada ahli-ahli majlis yang mengatakan masalah social juga kita hadapi dan terdapat juga siber café yang tidak memberi kebaikan kepada anak-anak muda," katanya.
Tan Sri Khalid membangkitkan masalah sosial, termasuk maksiat di pusat siber pada dialog bersama pemilik pusat siber di Bangunan Annex, Shah Alam petang tadi.
Perjumpaan ini turut dihadiri wakil PBT, ahli-ahli majlis PBT dan wakil persatuan penduduk.
Tan Sri Khalid mendedahkan kira-kira 60 peratus daripada pusat siber di Selangor tidak mempunyai lesen dan menyalahguna premis mereka untuk aktiviti maksiat seperti permainan video judi.
Pengunjung utama ke pusat-pusat ini adalah remaja dan pelajar.
Tan sri Khalid memberi tempoh sebulan kepada penguasa tempatan dan pemilik siber café untuk mencari pendekatan bagi menangani masalah sosial yang bercambah daripada premis terbabit.
"Kita akan membuat kajian dan hasil daripada kajian kita akan buat keputusan sama ada kita boleh menimbangkan permintaan pengusaha dan juga mencari jalan bagaimana masalah social terutama pemilik-pemilik siber yang tidak mempunyai lessen dapat kita kurangkan dan kita hapuskan," tambah beliau.
Tan Sri Khalid berkata, kerajaan juga akan membuat kajian terhadap keperluan siber café mengikut permintaan penduduk di kawasan Bandar dan di luar Bandar.