Monday, November 24, 2008

959 komputer judi dirampas

Oleh: Mohd Nur Asnawi Daudasnawi@hmetro.com.my

KAJANG: Sebanyak 959 komputer yang diubahsuai menjadi mesin judi bernilai hampir RM2 juta dirampas polis daerah Kajang sepanjang tahun ini.Semua komputer itu dirampas daripada 91 premis yang diserbu dalam Ops Dadu Khas yang dilancarkan sejak awal tahun.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisoner Mohd Shakaruddin Che Mood, berkata sepanjang serbuan itu, seramai 78 orang ditahan.“Polis sudah menulis surat kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik di premis yang digunakan untuk tujuan perjudian.“Dalam serbuan terbaru semalam, polis merampas 28 komputer yang digunakan untuk tujuan perjudian,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, empat lelaki dipercayai penjaga juga diberkas dalam serbuan jam 4.30 petang itu.Menurutnya, polis akan terus melakukan operasi dari semasa ke semasa bagi menghapuskan kegiatan perjudian di sekitar daerah Kajang.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan perjudian boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-87362222 atau balai polis berhampiran.

No comments: