Friday, August 14, 2009

Maklum balas Internet

PUTRAJAYA 13 Ogos – Kerajaan sedang mendapatkan maklum balas daripada orang ramai khususnya ibu bapa mengenai sejauh mana kandungan Internet mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kajian selama tiga bulan itu akan memberi tumpuan kepada reaksi mereka terhadap unsur-unsur negatif seperti pornografi kanak-kanak, perjudian dan kegiatan yang mendedahkan kepada terorisme.
Jelasnya, berdasarkan hasil kajian tersebut, kerajaan akan mempertimbangkan cadangan-cadangan yang dilihat positif untuk dilaksanakan.
“Kajian ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan Negara manakala kementerian saya akan memastikan ia siap mengikut tempoh ditetapkan.
“Jika ada cadangan positif dan baik kepada orang ramai, kita akan umumkan nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran wajah baru akhbar berbahasa Arab, Ahlan terbitan Ahlan Press Sdn. Bhd. di sini hari ini.

No comments: