Tuesday, May 5, 2009

DUA KAFE SIBER DI SITA

Dari Harian Metro 5 Mei 09 Selasa


KAJANG: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyita dua premis kafe siber dan menarik balik lesen sembilan pengusahanya kerana didapati menjalankan kegiatan judi Internet serta membenarkan remaja yang masih lengkap berpakaian sekolah menggunakan perkhidmatan game Internet di premis mereka.Hasil operasi sita itu, MPKj berjaya merampas 70 komputer yang digunakan untuk judi Internet dan berazam meningkatkan lagi pemantauan dari semasa ke semasa memandangkan kebanyakan pengusaha licik menyembunyikan kegiatan mereka.Berikutan itu MPKj turut membekukan sebarang permohonan untuk membuka premis kafe siber di kawasan pentadbirannya sehingga tempoh yang diputuskan oleh kerajaan negeri kelak.Yang Dipertuanya, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman, berkata kegiatan kafe siber yang mengambil kesempatan terhadap lesen yang diberi pihak berkuasa dengan menjalankan kegiatan judi Internet sepatutnya tidak berlaku.













“Kita tahu premis ini hanya bergantung pada perkhidmatan Internet yang digunakan untuk mendapatkan untung dan ada segelintir mereka mendapat keuntungan melalui remaja sekolah yang bermain game Internet.


“Pihak kami sentiasa menjalankan pemantauan untuk memastikan isu ini dapat ditangani dengan berkesan kerana agak sukar sebenarnya untuk menangkap mereka yang menjalankan kegiatan perjudian Internet ini lebih-lebih lagi yang membabitkan remaja sekolah,” katanya pada mesyuarat penuh MPKj di sini.Menurutnya, pengusaha premis terbabit bijak menyembunyikan kegiatan mereka dengan mematikan terus komputer apabila serbuan dilakukan dan bukti yang mencukupi perlu dikumpul supaya mereka yang tidak bertanggungjawab ini boleh didakwa.


Sementara itu, MPKj juga akan memperbesarkan stor penyimpanan barangan yang disita dan akan menjalankan lebih pemantauan serta mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang didapati menjalankan perkara tidak sihat ini.“Melalui maklumat yang kami peroleh tindakan segera dan tegas akan diambil bagi memastikan setiap premis tidak menyalahgunakan lesen yang diberi untuk mengaut keuntungan dengan cara kotor,” katanya.


Rumusan:

Saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas tindakan tegas terhadap pengusaha yg terang-terang melanggar peraturan Kafe Siber oleh MPKJ seperti membenarkan pelajar sekolah berpakaian sekolah masuk dan yang paling teruk menyediakan perkhidmatan judi yg mana haram disisi Agama Islam. Bagi saya jika permainan sahaja tidak mengapa tetapi jika perjudian juga ada maka ini nyata merosakkan pelajar sekolah tersebut dan cenderung ke arah kecelakaan yang berterusan.
YDP Mpkj telah menyatakan berikut,
“Kita tahu premis ini hanya bergantung pada perkhidmatan Internet yang digunakan untuk mendapatkan untung dan ada segelintir mereka mendapat keuntungan melalui remaja sekolah yang bermain game Internet.

Saya menyanggah sama sekali dengan kenyataan di atas yang sebenarnya ke arah pemikiran orang lama mungkin akan datang YDP yang baru tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian. Mendapatkan keuntungan melalui remaja sekolah adalah merupakan satu pusingan kehidupan. Jika kita mengatakan keropok yang dijual di kedai juga pembelinya adalah dikalangan remaja dan anak-anak sekolah. Menyediakan Pusat Bowling juga pelanggan nya dikalangan remaja pihak berwajib tidak bising lagi teruk dari Siber Kafe. Inilah dikatakan orang lama yang sudah biasa dengan congkak, konda-kondi, rondes, main guli dan sebagainya. Budaya lama seperti ini tidak lagi kerana remaja sekarang lebih seronok berada di dalam aircond/indoor. Begitu juga pekerjaan sekarang tidak ramai yang mahu bekerja diluar berbanding diluar.

Dalam kes pelajar sekolah saya cuba ingin melontarkan keadaan atau ruang dalaman premis tersebut dengan menguji anak saya sendiri yang berumur 4 tahun & 5 tahun tadika di Pasti Ilmi TDJ dimana saya membiarkan mereka bermain di tempat premis ayahnya sendiri dan kemudian saya cuba meletakkan mereka di premis lain yang jauh persekitaran tersebut tidak sama seperti bising, merokok, dan gelap akhirnya mereka sendiri yang meminta untuk keluar dari premis tersebut kerana tidak selesa.


Maka , disini sahaja rumusan saya. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak berkuasa dan sama waktu dengan-nya.

Pesanan saya....

LU FIKIR LAH SENDIRI!

No comments: